BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 29, 2011

Love someone with mind not just heart.

  SALAM. okay topic kali ni serius sikit. love someone with mind not heart. ini general topic ye. takde kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. ape maksud dengan tittle tu? maksudnye kawan kawan, anda hendaklah mencintai seseorang dengan kepala lutut bukan dengan hati.eh eh bukan kepala lutut,(haipp tangan ni gatal sangat nak tulis ni) dengan fikiran.


  Maksud phrase ini adalah jika kita mencintai or sayang seseorang tu, kita kena bercinta dengan fikiran kita,   bukan semata mata dengan hati sahaja. cuba anda fikirkan sejenak kata kata dari pujangga ini, hati manusia berubah ubah. betul tak korang rasa ayat ni? in my opinion la kan, ayat ni sangat betul. sebab cuba korang tengok sesetengah EX korang, lepas dorang clash ngan korang, EX korang mesti carik pengganti kan? mesti korang tertanya tanya, dorang ada berapa hati? cepat je cari pengganti? haa nampak tak sekarang? nampak ke tak? so, ini bermakna kata kata tu betul laa. 

  Okay kenapa kena mencintai seseorang dengan fikiran pulak? ini kerana, fikiran kita tak mudah berubah. dan fikiran kita boleh berfikir secara waras berbanding hati. kalau kita bercinta dengan hati, kita mudah mengikut arus yang kadang kadang songsang atau melawan arus yang semestinya tak betul. sebaliknya, kalau dengan fikiran kita boleh berfikir dulu sebelum membuat apa apa keputusan.bukan sy kata x boleh bercinta dengan hati. tapi, ia mesti diselaraskan dengan fikiran kita. ada orang cakap, "mana boleh bercinta dengan fikiran, fikiran kita takde rasa macam hati." ya,memang betul. tapi, untuk rasa dengan hati, kita perlu fikiran kan?

  Selain tu, mencintai dengan fikiran dapat membantu kita untuk berfikir dan mengelak kan segala perkara yang tak betul yang sentiasa hasut kita. kita boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. tengok sekarang kes kes bunuh diri biasanya berkaitan dengan putus cinta. ini adalah disebabkan dorang ni bercinta dengan hati je. dorang tak dapat beza yang mana baik yang mana buruk.fikiran dorang tak dapat berfungsi dengan baik sehingga kan dorang buat keputusan yang sama sekali tak betul.

  Apa lagi kebaikan mencintai dengan fikiran? dorang akan dapat berfikir secara rasional dan berfikiran jauh terhadap sesuatu perhubungan. contoh, orang yang mencintai dengan fikiran akan mencari jalan untuk memperbaiki hubungan dan berusaha untuk membawa sesuatu perhubungan ke stage yang lebih tinggi bermaksud daripada hubungan biasa kepada pertunangan dan stage yang paling tinggi iaitu perkahwinan yang sangat di impikan oleh setiap pasangan didalam dunia ni. dorang akan berusaha kumpul duit untuk kahwin dan macam macam lagi la. sebaliknya, kalau mencintai just guna hati, dorang susah nak berfikir jauh dan selalunya lebih mementingkan jangka masa dekat je.memang tak semua macam tu, tapi kebanyakannya korang fikirlah sendiri.

  Kesimpulannya, cintailah seseorang tu dengan fikiran bukan je dengan hati. nescaya, akan berkekalan lah sesuatu perhubungan itu sehingga ke akhir hayat dorang. amiiiiinnnnnn.SALAM.

Saturday, October 15, 2011

baru

SALAM. akhirnya hari ni dapat bilik sendiri ! yeay! bilik yang luas dan best bagi perempuan. hihi and dapat set katil and all the things in WHITE . sangat sangat best okay !thanx to papa and mama for the room stuff. i love both of you. and since minat colour merah, maka digabungkan lah putih dan merah.my bed sheet colour merah tauu and it is my favourite ! kalau roomates yang dari part 1 sampai la part 3 tau la yang saya fanatic sangat dengan merah.hihi 


hari ni jugak dapat la ilham nak buat sesuatu yang dah lama sangat nak buat. tp tak boleh bagitau sekarang lagi. rahsia lagi okay.hehe okay lah.got to go ! chow peeps. SALAM.

diri ini tak begitu sempurna

  SALAM. post yang mengejut.maklum lah lama sudah tidak di update kann.haha okay tittle diatas tidak ada kaitan dengan tujuan sebenar entry ini dibuat.harap maklum.ini hanya berkaitan dengan saya yang tersangat lah kebusy-an sejak pulang dari rantauan (segamat?rantau?wtfish.),untuk memunggah dan mengalihkan barang ke rumah sewa yang terletak nun jauh di sana. setelah dipunggah barulah sedar banyak sungguh barangan yang tidak perlu dan yang patut dibuang pada zaman tok kadok dulu.(sila berbangga tok kadok) :) dan selepas mengemas barulah ku sedar betapa luas nya kamar ku ini.hihi nampak sangat jarang(sebenarnya x pernah) untuk mengemas bilik.okay boleh letak kepala bawah meja sekarang nabila.sighh. 


dengan ini, mahu saya tegaskan kepada sesiapa yang sudi membaca post ini untuk tidak mencuba adegan ini di bilik anda ya.saya tidak mahu memberi sebarang influence yang buruk kepada anda. maaf. salam.